Rei sayang ken jugak.. :'(
Hati kuat ingin membicarakan cinta. Namun benarlah kata manusia, perempuan ini lemah akalnya. Akhirnya apa yang aku pendam aku luahkan padanya. Tentang dendam, tentang marah aku pada mereka-mereka yang tak pernah terpadam. Aku cuba tidak menangis didalam hati. Aku cuba untuk tidak layankan perasaan ini. Indahnya andai aku jumpa dia sewaktu kami benar-benar bersedia nanti.
Aku mohon wahai sang pencipta. Tolong. Satukan kami bila tiba waktunya nanti. Jika dia benar-benar ikhlas padaku, dekatkanlah hati kami. Jika dia benar ikhlas mencintaiku. Tolong satukan hati kami nanti. Aku ingin menjadi suri di hatinya. Bukan orang lain. Tolong jangan ubah perasaan aku padanya. Dan begitu juga pasa dia. Jangan alihkan hatinya pada mana-mana selain aku. Cliche.
Aku ni kadang-kadang kelakar jugak! Haha.. :'(
Aku keliru. Dengan perjalanan hidupku. Dengan apa yang pernah terjadi sebelum ini. Sedih dengan semua perkara. Aku bagai tempat melepaskan dendam bagi mereka. Sehingga aku keliru jika ada yang mengatakan sayang dan cinta bagi aku yang kadangkala aku merakan ianya tidak wujud. Benarkah aku layak disayangi? Benarkah perpisahan tidak akan terjadi? Aku takut dengan segalanya. Aku benci dengan diri aku sendiri yang tidak kuat atas segalanya. Tuhan. Tolong aku. Apa yang harus aku lakukan untuk kuat dalam dunia ni? :'(
Ya, malam ini aku bagai mahu meluahkan segalanya.
Perkara yang aku sengaja lupa. Atau mungkin aku yang terlupa.
tentang apa yang membuat aku marah, dan sedih
Tentang bagaimana suatu hari aku menangis ketika datang ke rumah As semata ingin belajar Matematik dengannya.
Bagaimana aku dipaksa tidak tidur sehingga pukul 2,3 pagi sewaktu sekolah rendah dahulu kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Aku benci waktu2 itu.
Bagaimana aku menggunting kain2 perca dan ingin menyatukannya menjadi baju! Aku tidak punya mainan seperti kanak2 yang lain. Aku tidak punyai baju seperti orang lain.Yang ada cuma baju-baju lusuhku. Itupun kakak punya. Bagaimana aku berazam agar suatu hari nanti bila aku dewasa aku akan memakai baju2 yang cantik2 dan menggayakannya kemana saja aku pergi. Betapa aku sering dimarahi akibat menggunting kain2 tersbut walaupun kain2 tersebut sudah tidak digunakan lagi.
Sekarang. Betapa aku benci melihat bilik ku ini (oh ya lebih tepat lagi jika aku katakan bilik ini adalah bilik setor) bersepah-sepah dengan baju-baju lama milik mereka.
Aku tidak tahu samaada mereka sedar atau tidak tindakan mereka terhadapku. Bagaimana aku terpaksa cekalkan minda dan hatiku. Terkadang aku rasa semua yang sayang padaku seakan palsu. Akiu benci. Aku mahu jadi seseorang yang benar2 disayangi. Di manja dengan seikhlas hati.Bukan dilayan seperti sampah!